”Mula Berpakaian Ketat”-Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung

Tampil langsing dan berat badan menyusut, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Zulin Aziz. Bagaimanapun, ada segelintir pihak tidak berpuas hati dengan kejayaannya itu sehingga menuduhnya sedut lemak dan gunakan bahan terlarang untuk kurus.

Bagaimanapun, Zulin berkata dia sudah terbiasa dengan kejian dan penghinaan netizen. Ujarnya, dia tidak memuaskan hati semua orang kerana apa sahaja dilakukannya pasti akan ada sahaja tak kena di mata netizen.

“Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Cukup saya dan teman sekeliling tahu apa sebenarnya yang dilalui. Orang mengata saya, bila lagi nak kurangkan lemak?,”

“Ada yang menuduh cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil dadah pun ada. Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses.

“Ketika awal, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, baru saya berani tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata netizen,” katanya kepada BH Online.

“Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina.

“Tak saya nafikan memang ada yang sarkastik dan seolah-olah meminta saya buka tudung. Insya-Allah, saya minta dijauhi perkara itu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Mula Berpakaian Ketat”-Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*