Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir mengimbas kembali waktu ketika dia menyertai pertandingan D’Academy Asia di Indonesia beberapa tahun lalu.
Menurut Shiha, pengalaman ketika konsert final pertandingan tersebut banyak memberi pengajaran kepadanya.
“Final D’Academy Asia merupakan satu pengalaman yang saya tak akan lupakan, banyak pengajaran buat diri saya sendiri.
“Sepanjang tempoh bertanding, memang saya jaga kesihatan sebaiknya, minum banyak air, vitamin C hari-hari tak pernah tinggal dengan harapan dapat beri yang terbaik di pentas final,” kongsinya di Instagram.
Meskipun sudah menjaga kesihatan dengan baik, Shiha telah mengalami masalah sak1t tekak yang membuatkan dia hilang suara ketika menjelang konsert akhir.
Namun begitu, penyanyi lagu Pipiyama ini akur dan menyedari bukan semua perkara yang dirancang akan berjalan sebaiknya.
“Tak semestinya apa yang kita rancang akan jadi seperti yang kita harapkan, di sinilah waktu kita diuvji dan macam mana cara mahu menanganinya.
“Waktu itu saya hilang suara dan sak1t tekak yang teramat, memang kecew4 sebab sudah memasuki konsert akhir, tiba-tiba sak1t dan tak dapat buat persembahan dengan baik,” tulisnya lagi.
Tambah Shiha, diberi kebenaran untuk menarik diri di saat akhir, namun dia tetap menguatkan semangat untuk teruskan membuat persembahan.
“Walaupun saya diberikan kebenaran untuk tarik diri saat akhir, tapi demi Malaysia dan semua penyokong saya yang tak jemu-jemu bagi semangat, baik dari Indonesia, Singapura dan Brunei, saya teruskan juga buat persembahan,” tambahnya.
Terdahulu, Shiha telah mewakili Malaysia untuk pertandingan D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia pada tahun 2015.
Meskipun mengalami masalah kesihatan ketika konsert akhir, pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir ini tidak pulang dengan tangan kosong kerana telah menyandang tempat ketiga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "“Tak Semestinya Apa Yang Dirancang Akan Jadi” – Shiha Zikir"