”Teruskan Usaha Untuk Dapatkan Anak Kedua”-Siti Nurhaliza

Meskipun sibuk dengan pelancaran album terbarunya berjudul ManifestaSITI2020 , bagaimanapun Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap akan meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua yang diidamkan tahun ini.

Siti berkata dia tidak berhasrat untuk menangguhkan impian tersebut memandangkan sudah cukup bersedia ke arah itu. Ujarnya lagi, dia bukan lagi semakin muda dan perkara itu tidak boleh dilambat-lambatkan.

Usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua akan tetap diteruskan seperti apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

“Sama ada menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal, hasrat ini tetap ada kerana saya sudah lama bersedia.

“Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, aebelum ini Siti juga menyatakan hasratnya untuk menimang anak lelaki pula. Bagaimanapun, dia menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah dan cukup bersyukur jika diizinkan untuk hamil lagi.

“Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula lepas ini. Lagi pun, dah ada perempuan. Tapi, saya tetap berserah kepada Allah.

“Apa pun yang Allah berikan, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Teruskan Usaha Untuk Dapatkan Anak Kedua”-Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*