Penerbit dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina meluahkan rasa gembira bertemu Neelofa baru-baru ini.
Menurut Tiara, hos dan pelakon popular itu telah menjalani sesi penggambaran episod pertama Next To Neelofa di resort miliknya, Tiarasa Escapes.
“Lebih kurang seminggu lalu, saya bertemu wanita bergaya dan cemerlang ini, Neelofa yang memilih untuk menjalani penggambaran Next To Neelofa di Tiarasa Escapes,” kongsi Tiara di Instagram.
Tiara mengatakan, kemesraan Neelofa membuatkan mereka terus berkomunikasi dengan sangat baik.
“Kami terus beramah mesra dengan cepat, saya dapat rasa aura seorang boss, seorang yang sangat mengutamakan kesempurnaan dan tak akan menyerah kalah.
Tidak berdiam diri, Neelofa membalas kata-kata pujian Tiara menerusi ruangan komen.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Tiara turut meninggalkan respon positif.
Rata-rata mereka mengagumi kejayaan dua figura kesayangan ramai itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Tiara Jacquelina Kagumi Semangat Neelofa"