”Didakwa Ambil Duit Kerja Tak Buat” -Nelydia Senrose Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM160,000 Langgar Kontrak Promosi Produk

SYARIKAT pengeluar produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd menvntut g4nti rvgi sebanyak RM160,000 daripada pelakon Nelydia Senrose berhubung pel4nggaran kontrak sebagai duta pada tahun 2019.

Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bayaran sebanyak RM102,000 telah dilvnaskan kepada aktres tersebut bagi tujuan mempromosikan produk mereka.

Bagaimanapun, bayaran itu tidak set1mpal dengan tugas yang dijanjikan dan Nelydia didakwa g4gal melaksanakan tanggungjawab sebaik bersetuju menjadi duta sejak Disember 2018.

 

Nelydia Senrose hadir ditemani suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

“Ikut perjanjian, Nelydia perlu hadir untuk program televisyen sebanyak dua kali, pelancaran produk dan posting di laman sosial sebanyak 15 kali tetapi sepanjang tempoh itu tiada satu post dibuat.

“Kita sudah bayar sebanyak 70 peratus tapi tidak seperti diharapkan dan dia juga tidak memberi respons kepada pihak kami… jadi kita mahu menvntut semula bayaran tersebut bersama kos lain-lain, ” kata Mandy.

Dalam keterangan sebagai saksi, pengasas produk berusia 29 tahun ini berkata Nelydia selaku def3ndan pertama hanya menjalankan satu sesi fotografi sepanjang tempoh kontrak setahun itu.

Prosiding perbicaraan hari pertama k3s itu dijalankan di hadapan Hakim Tuan Shamsuddin Abdullah.

 

Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun ketika ditemui media selepas prosiding pada Selasa.

Sementara itu, Nelydia yang hadir ditemani suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, ketika ditemui di perkarangan mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.

“Maaf saya tak boleh komen mengenai kes ini kerana tidak mahu menganggu proses mahkamah.

“Saya akan memberikan kerjasama penuh, ” ujarnya.

Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku def3ndan kedua, Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han.

Perbicaraan kes akan disambung pada 16 Julai depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Didakwa Ambil Duit Kerja Tak Buat” -Nelydia Senrose Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM160,000 Langgar Kontrak Promosi Produk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*