Emma Maembong Tayang ‘Baby Bump’ Di Tepi Pantai – “Bulan Madu Pertama, Percutian Akhir Berdua…”

TEKA-TEKI mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya,” kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan baby bump di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu tidak mendedahkan usia kandungannya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti dengan suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose.

Suami Emma, Shazli turut berkongsi foto memperlihatkan baby bump isterinya.

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial.

Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.

“Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua.

“Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,” kata Aprena.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Emma Maembong Tayang ‘Baby Bump’ Di Tepi Pantai – “Bulan Madu Pertama, Percutian Akhir Berdua…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*