Berkongsikan gambar membantu rakannnya berniaga di sebuah gerai, pelawak Shahrol Shiro sempat mengimbau kenangan dahulu dimana dia pernah berniaga burger di tepi jalan. Shahrol berkata ketika itu ada masa dia dapat untung yang banyak dan adakalanya rugi.
Mengakui itulah lumrah apabila menceburi dunia perniagaan, bagaimanapun Shahrol meluahkan rasa syukur kerana ketika itu mendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan yang banyak membantunya.
“Teringat dulu berniaga burger tepi jalan. Letak nama G.G Burger. Adat berniaga, adakala untung dan adakala rug1. Tapi itu lah asam garam dalam perniagaan.Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang baik sentiasa support,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Shahrol menasihati orang ramai supaya sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menjalankan perniagaan. Malah, elakk4n diri daripada meminta harga istimewa atas ‘tiket’ persahabatan.
Shahrol juga turut membantu mempromosikan gerai rakannya itu yang menjual jagung manis di Kluang, Johor. Dalam pada itu, Shahrol berkata dia suka melihat kejayaan orang kita yang terus berusaha tanpa kenal erti putus asa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Rotikaya
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "“Kalau Kawan Berniaga, Janganlah Tawar Harga Tak Masuk Akal”-Ujar Shahrol Shiro"