“Macam Gil4 Kuasa Tapi…” – Sharifah Amani

Mungkin lebih ramai yang mengenali Sharifah Amani sebagai seorang pelakon, namun beliau sebenarnya sudah mengarah beberapa filem pendek yang mendapat tempat di hati penonton.

Malah, filem-filem pendek yang dihasilkannya juga pernah ditayangkan diberapa festival filem antarabangsa.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Sharifah Amani atau lebih mesra dipanggil Nani teringatkan kembali ketika dia bekerja keras untuk menghasilkan karyanya.

“Teringat balik masa saya menulis, mengarah dan berlakon dalam projek-projek saya sendiri. Nampak macam gil4 kuasa tetapi sebenarnya bila lakukan pelbagai tugasan dalam satu projek, kita juga akan ambil tanggungjawab yang lebih besar.


“Jadi kalau cerita tu tak bagus, kita kena jawaplah. Tak boleh letakkan kesal4han pada orang lain,” jelas Amani.

Menurutnya, dia sangat rindu untuk berada di set bersama dengan mereka yang bekerja keras dalam melakukan pekerjaan dan sangat-sangat berbakat.

“Melihat mereka melakukan kerja yang mereka cintai, tidak ternilai harganya. Semua berkarya. Semua nak tunjuk eksy3n, tak nak mengakv kalah.
“Sangat seronok! Semoga kami dapat kembali berkumpul dan menghasilkan cerita masing-masing, Insya-Allah,” katanya.

“Kepada mereka yang ingin menonton, boleh klik link di Bio Instagram. Link tersebut akan membawa kepada beberapa Tweet saya dan saya kongsikan link untuk “kampung Bangsar’ dan ‘Sangkar.

“Untuk cerita ‘Hawa’ dan ‘5 Minit’ masih belum ada di online tetapi saya akan kongsikan berita bila sudah ada nanti,” kata Amani lagi.

Sharifah Amani turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang sering memberikan semangat kepada dirinya sama ada dalam lakonan ataupun dalam berkarya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Macam Gil4 Kuasa Tapi…” – Sharifah Amani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*