Mak Wan Pengs4n Terkejut Dapat Tajaan Umrah

Pelakon veteran, Mak Wan menjelaskan dia terlalu terkejvt sehingga pengs4n apabila diumumkan antara 25 individu bertuah menerima sumbangan tajaan pakej menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Mak Wan, 58, atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia sangat bersyukur kerana doanya untuk ke Tanah Suci sekali lagi dimakbulkan Allah. Merasakan diri sangat kerdil, Mak Wan berkata dia tidak sangka dijemput lagi untuk menjadi tetamu Allah.

“Saya tak sangka doa mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah sekali lagi dimakbulkan Allah SWT. Sebelum ini, saya pernah menunaikan umrah pada 2015, tetapi ketika itu saya dalam keadaan kurang upaya selepas kemalangan.

“Jadi, apabila diberikan peluang untuk menunaikan umrah sekali lagi, saya sangat bersyukur. Saya terharu, rasa seperti insan paling bertuah. Walaupun miskin dan tidak berkemampuan, dapat juga saya menjejakkan kaki ke rumah Allah atas tajaan insan berhati mulia,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan, baru-baru ini Mak Wan dijemput ke program bual bicara yang dikendalikan oleh pengacara Didie Alias. Bagaimanapun, Mak Wan langsung tidak tahu menahu dijemput untuk diberikan sumbangan tajaan berkenaan.

“Kemudian, saya dipanggil Didie dan diserahkan ‘mock-up’ sumbangan tajaan umrah. Saya terkejut, lalu jatuh dan pengs4n buat seketika hingga dikejutkan oleh Enot.

“Alhamdulillah, rezeki saya. Saya dikatakan akan pergi selepas pandemik COV1D-19 ini berakhir, mungkin sekitar tahun hadapan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Mak Wan Pengs4n Terkejut Dapat Tajaan Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*