”Sembunyikan Ganggvan Ment4l Sejak Remaja”- Fadlan Hazim

GANGGUAN ment4l menjadi peny4kit yang semakin serius dalam kalangan anak muda, malah golongan selebriti antara yang mudah terdedah dengan masalah itu.

Pelakon Fadzlan Hazim atau nama sebenarnya Fadzlan Hazim Anuwar, 28, mendedahkan dirinya mengalami ganggvan ment4l sejak zaman remaja.
Bagaimanapun, pelakon filem Sangkar ini berkata, dia tidak mendapatkan bantuan kerana menganggap keadaan dirinya baik-baik sahaja.


Fadlan membuat pended4han itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Saya menyembunyikan ganggvan ment4l saya (ment4l disorder) dan mengelak untuk mencari pertolongan daripada pakar sejak di usia remaja lagi.

“Saya fikir yang saya baik-baik saja, tapi betapa bod0hnya saya! Sekarang dah tiba masanya. Doakan yang terbaik untuk saya,” kata Fadlan menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Sementara itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada peminat yang mendoakan agar aktor itu terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.

Netizen mendoakan agar Fadlan terus kuat.

“Sentiasa kena kuat… Ingat Allah ada sentiasa dengan kita. Doa kami dan doa untuk awak juga.

“Sentiasa bersama orang-orang yang positif, aktif melakukan aktiviti riadah bila tiada shooting. Insya-Allah awak boleh lakukan! Fadlan ada semuanya, maka terus bersemangat ya!

“Semoga dipermudahkan segala urusan Fadlan dan selalu dalam lindungan Allah SWT,” komen beberapa netizen di laman sosial miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Sembunyikan Ganggvan Ment4l Sejak Remaja”- Fadlan Hazim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*