Shukri Yahya Terpaksa Guna Duit Simpanan Sara Keluarga Ketika PKP

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ramai yang terjejas pendapatan termasuklah penggiat seni apabila segala aktiviti hiburan dan penggambaran terpaksa dihentikan.

Akui turut terkesan, Shukri Yahya memberitahu dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh tersebut. Bagaimanapun, Shukri berkata banyak hikmah diperoleh daripada ujian tersebut.

“Sepanjang PKP saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan tiada apa lagi boleh dilakukan memandangkan saya pun tiada bisnes.

“Jadi, terpaksalah guna duit simpanan sedikit dan isteri pun ada bantu melalui perniagaan dia. Bagi saya PKP tidaklah terjejas sangat cuma tiada apa yang masuk dan perlu bergantung pada simpanan sepenuhnya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Shukri berkata dia kini sudah boleh menarik nafas lega apabila kerajaan sudah mula membenarkan industri beroperasi semula dengan SOP yang ditetapkan. Ujarnya, dia baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaimu musim kedua

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Shukri Yahya Terpaksa Guna Duit Simpanan Sara Keluarga Ketika PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*