Asingkan Tempat Duduk Ikut Jantina, Pawagam Di Terengganu Ini Sedia Pengalaman Berbeza

Jika sebelum ini anda sudah terbiasa menonton wayang bersama pasangan, kini anda mampu beroleh pengalaman baru di Terengganu kerana pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu memperkenalkan tempat duduk berasingan.

Pihak pengurusan juga LFS bertanggungjawab untuk melakukan pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram serta membuat pemantauan di dalam panggung wayang sekiranya berlaku keadaan atau situasi mencurigakan. Jaga-jaga ya.

Memetik laporan Sinar Harian, peraturan tersebut juga tertakluk bukan saja kepada bukan Islam malah turut merangkumi pelanggan bukan Islam.

Pawagam patuh syariah pertama di negeri kelahiran Zizan Razak yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square ini juga dalam masa yang sama turut terbuka dalam memperbaiki sebarang kelemahan di dalam pengurusan peraturan yang baru diperkenalkan itu.

Sementara itu, buat waktu terdekat ini, tiket di LFS hanya boleh didapatkan secara dengan walk-in.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Asingkan Tempat Duduk Ikut Jantina, Pawagam Di Terengganu Ini Sedia Pengalaman Berbeza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*