“Kalau Majistret Macam Ni Saya Sanggup Terima Hukuman” – Ramai Cair Bila Tok Ti Jadi Hakim

Muzik viideo single daripada album terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu 7 Nasihat telah pun dilancarkan semalam.

Muzik Video tersebut dimuat naik jam 7 petang dan sehingga artikel ini ditulis, lagu berkenaan telah pun ditonton sebanyak 64,000 kali.

Menariknya tentang video muzik tersebut, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti dilihat membawa peranan sebagai hakim manakala Kmy Kmo dan Luca Sickta bertindak sebagai peguam bela.

Peranan hakim yang jarang dibawa oleh penyanyi nombor satu negara kemudian mencuit ramai penonton.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya kagum dan memuji ‘lakonan’ yang dibawa oleh Siti Nurhaliza.

Malah, banyak juga komen-komen ‘nakal’ yang tidak kisah dijatuhkan hukuman jika hakim majistret adalah Tok Ti.

“Kalau Puan Majistret macam ni, saya sanggup dijatuhkan hukuman,” kata seorang pengguna YouTube dikenali sebagai Aiyani.

Anda boleh lihat antara respon dan komen menaik mengenai video muzik tersebut.

Untuk rekod, 7 Nasihat merupakan sebahagian lagu diterbitkan dalam album terbaru TokTi iaitu ManifestaSITI2020 yang baru dilancarkan 3 Julai lalu.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kalau Majistret Macam Ni Saya Sanggup Terima Hukuman” – Ramai Cair Bila Tok Ti Jadi Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*