Masih Ramai Lagi Di Luar Sana Yang Appreciate Malaysia, Terbaik Doktor Ni Sanggup Buat…

Belum reda isu laporan media Al Jazeera berkaitan isu pendatang tanpa izin, timbul pula satu lagi isu apabila video ‘How Malaysia Did the Impossible’ disekat.

Video tersebut memaparkan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi COVID-19.

Perkara itu didedahkan sendiri pemilik video tersebut iaitu Dustin Pfundheller menerusi saluran YouTubenya.

Menurut Dustin, sehingga kini dia tidak mendapat kata putus daripada platform sosial media berkenaan mengapa tindakan itu dibuat.

“Video tersebut antara yang menarik perhatian ramai. Saya menggunakan fakta tepat dan mendapat sumber daripada ramai pihak.

“Ini amat mengecewakan kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan.

“Saya bekerja keras untuk memberikan penghargaan sepatutnya kepada Malaysia,” katanya yang juga seorang pakar bedah pergigian .

Menurut Dustin lagi, dia juga akan membuat video reaksi mengenai laporan Al Jazeera.

“Disebabkan banyak permintaan, saya akan ulas video Al Jazeera ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

“Saya sedang melakukan sekarang, anda boleh mesej saya di Instagram,” katanya.

Untuk rekod, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mahu media antarabangsa Al Jazeera meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaan perkauman terhadap warga asing ketika COVID-19.

Menerusi sidang media disiarkan secara langsung, Ismail menganggap laporan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ tidak wajar dan mengelirukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Masih Ramai Lagi Di Luar Sana Yang Appreciate Malaysia, Terbaik Doktor Ni Sanggup Buat…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*