“Tak Percaya Saya Dah Jadi Ibu Selama Tiga Tahun Ini…,” – Bella Astillah Titip Ucapan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anaknya

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyifatkan kehadiran cahaya mata adalah sebagai satu satu kenangan terindah.

Sedar tak sedar, penyanyi dan pelakon ini sudah pun bergelar ibu sejak 3 tahun lalu.

Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah ada menitipkan ucapan hari jadi buat anak, Mohamad Ayden Adrean yang ke-3.

“Selamat Hari Lahir kepada anda bayi saya @aydenadrean17 . Saya tidak percaya saya telah menjadi ibu selama tiga tahun untuk keajaiban ini.

“Terima kasih kerana datang pada masa yang paling menakjubkan dalam hidup kita,” tulisnya.

Di samping itu, penyanyi berusia 26 tahun ini turut mendoakan agar anaknya menjadi seorang lelaki budiman apabila dewasa.

“Merupakan satu berkat terbaik untuk melihat awak membesar dan saya tidak sabar untuk melihat awak menjadi seorang pemuda yang budiman.

“Saya sangat sayangkan anak lelaki manis saya, anak sulung saya. Awak menjadikan segalanya lebih baik. Ibu dan ayah sangat menyayangimu #AydenAdreanTurns3,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Literally counting down the days to give birth to my little best friend 🥰 📸 @cameo.x

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Azizi pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini kemudian bercerai pada Mei tahun lalu namun rujuk semula sewaktu masih dalam edah.

Bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang kini sedang hamil anak kedua dijangka bakal tak lama lagi.

Video: Instagram Bella Astillah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Media hiburan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Tak Percaya Saya Dah Jadi Ibu Selama Tiga Tahun Ini…,” – Bella Astillah Titip Ucapan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*