”Dedah Pengalaman Bersalin Ketika Bersama Bekas Suami”-Rupa-rupanya Rita Rudaini…….

Sempena ulang tahun kelahiran ke-11 anaknya Airit Rayyan Rizqin, Rita Rudaini terkenang kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya itu. Menurut Rita, kelahiran pertama itu disambut gembira ahli keluarga termasuk bekas suaminya.

Rita berkata ketika itu bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan melayan semua permintaannya termasuk teringin untuk makan dan minum sesuatu sebelum melahirkan Airit.

 

View this post on Instagram

 

Buah hati pertama…sentimental value…bila dia lahir,smua org hepi mcm sambut menang peperangan 😂mommy,daddy,maktok,tokwan,paklong,paksu n famili,kak wanie,aunty sis…smua tggu dia lahir…dah dlm labour room tiba2 teringin nk mkn cheese cake n coffee cbtl…dah daddy nya turun beli..mkn mmg xingt dunia mcm lupa nk beranak…tghari dia nak kluar tp xbole sbb mommy xpandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tp xle jugak..last skali vacum laaa 😂…kluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni 🙄’ ..😂ok lah xkisah..anak kami jugak 😂…alhamdulillah..masa kecik susah nk senyum,pendiam tp fokus dgn apa yg dia buat..ank yg byk tgk susah senang mommy😌airmata mommy..ank yg byk belajar dr kesusahan mommy..ank yg byk faham perasaan mommy…ank yg membesar dgn seribu satu kisah kami😌…xsangka…ank ini ‘di pilih’ utk jd ketua keluarga kami…..AIRIT RAYYAN RIZQIN,moga akhlak mu seindah syurga…besar nnti protect mommy dgn adik ye….jgn main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lg he3x 🥰

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on


“Buah hati pertama penuh sentimental value. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang peperangan. Mommy, daddy (Aidil),maktok, tokwan, paklong, paksu dan semua keluarga tunggu kelahirannya.

“Dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee. Dah daddy turun beli. Makan memang tak ingat dunia macam lupa nak beranak. Tengahari dia nak keluar tapi tak boleh sebab mommy tak pandai, pertama kali kan.

Bergelar ibu tunggal ketika anak-anak masih kecil lagi, Rita bersyukur anak sulungnya itu bersama dengannya susah dan senang menempuh liku hidup. Malah, anaknya itu banyak belajar dari kesusahan dan memahami perasaannya.

“Alhamdulillah, masa kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat. Anak yang banyak tengok susah senang mommy, airmata mommy.

“Anak yang banyak belajar dari kesusahan mommy. Anak yang banyak faham perasaan mommy, anak yang membesar dengan seribu satu kisah kami,” tulisnya.

Bagaimanapun, Rita meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu dipilih menjadi ketua keluarga serta mendoakan anaknya menjadi anak yang soleh serta memiliki akhlak yang baik.

“Tak sangka, anak ini ‘di pilih’ untuk jadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin moga akhlak mu seindah syurga. Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main ya saya ada 2 anak lelaki yang strong dari kecil lagi,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Dedah Pengalaman Bersalin Ketika Bersama Bekas Suami”-Rupa-rupanya Rita Rudaini……."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*