“Suami Saya Penagih, Saya Takut Saya Tak Dapat Bertahan Lagi” Tiap-tiap Hari Saya Kena…….

Assalamualaikum Kak Gee. Saya berumur 47 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Saya seorang yang bekerjaya, begitu juga dengan suami saya.

Masalah saya, suami seorang penagih tapi bukan penagih tegar. Dia hanya menagih bila giannya datang. Suami tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Tiada keganasan terhadap saya mahupun kepada anak-anak.

Dah banyak dugaan yang saya tanggung akibat tabiat dia. Saya bertahan pun kerana anak-anak. Ada kala satu tahap saya rasa nak berpisah sahaja dengan dia tapi kesabaran saya mengatasi segala-galanya.

Saya tahu susah untuk dia betul-betul berubah tinggalkan tabiatnya itu. Apa yang saya mampu hanya berdoa pada Allah. Saya dah bertahan dalam perkahwinan ini selama 19 tahun. Apa yang saya takutkan Kak Gee adakalanya saya rasa tidak mampu bertahan lagi. Saya hanya ingin berkongsi dengan Kak Gee atau jika Kak Gee ada nasihat buat saya, terima kasih!

Jueaseh

Jawapan:

Waalaikumussalam Jueaseh. Kak Gee harap Jueaseh dan keluarga sihat-sihat sahaja. Berat juga apa yang dilalui oleh Jueaseh selama 19 tahun usia perkahwinan.

Kak Gee bersyukur kerana suami Jueaseh masih boleh berfikiran waras dan tidak mengapa-apakan Jueaseh serta anak-anak, tetapi pada masa yang sama Kak Gee berpendapat bahawa suami Jueaseh perlu mendapatkan rawatan ketagihannya.

Mungkin Jueaseh rasa dia bukan penagih tegar, tetapi demi keluarga tercinta, dia perlu mendapatkan rawatan. Bagaimana Jueaseh mahu hidup tenang kalau sering diselubungi rasa bimbang dan risau? Tidakkah Jueaseh bimbang suatu hari nanti suami Jueaseh akan menjadi penagih tegar dan ketika itu semuanya sudah terlambat?

Banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu suami Jueaseh mengatasi masalah penagihannya, dan pada masa yang sama memberikan sesi kaunseling untuk Jueaseh dan suami melalui dugaan ini. Kak Gee tahu 19 tahun bukan masa yang singkat untuk membuang semuanya begitu sahaja. Jueaseh perlu mencuba terlebih dahulu sebelum menyerah kalah.

Kak Gee harap Jueaseh dapat menerima nasihat Kak Gee dan mencuba yang terbaik untuk keluarga. Salam sayang daripada Kak Gee!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Suami Saya Penagih, Saya Takut Saya Tak Dapat Bertahan Lagi” Tiap-tiap Hari Saya Kena……."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*