Hanis Zalikha Sebak Dengar Anak Minta Belajar Berwuduk

Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai.

Ramai yang suka melihat telatah dua beradik itu yang bijak dan pandai mengikut teladan ibu bapanya. Baru-baru ini perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk.

Menerusi Instagram, Hanis berkongsikan anaknya berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.

Pertanyaan anaknya itu sekaligus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?” Mommy dari dalam bilik: 🥺🥺🥺🥺🥺

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen turut berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti itu. Malah, ramai yang memuji Yusuf seorang anak yang cerdik.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hanis Zalikha Sebak Dengar Anak Minta Belajar Berwuduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*