Jumpa Segulung Wang Tunai, Tindakan Lelaki Buat Ramai Terkejut…..

Kejujuran seorang lelaki yang telah menjumpai segulung wang tunai dan memberikan kembali kepada tuannya semula wajar dicontohi. Seorang pengguna Facebook telah menemui segulung duit RM100 di stesen minyak di Ulu Tiram, Johor Bahru. Berikutan sifat peribadinya yang jujur, dia memuat naik foto duit tersebut ke akaun Facebooknya bagi membolehkannya menemui pemilik asal tanpa memberitahu jumlah sebenar wang tersebut.

Assalamualaikum. Tengah jalan ke tempat kerja, saya jumpa segulung duit.

lokasi di station minyak Petronas Ulu Tiram JB. mungkin pemiliknya terjatuh waktu awal pagi. Jumlah agak besar. Terfikir mungkin ini nafkah seorang bapa untuk keluarganya.

Kalau ada sesiapa yang tercicir, boleh pm saya dengan syarat sebutkan jumlah sebenar. Dan beberapa soalan akan ditanya supaya saya dapat jumpa tuan pemilik. Kalau ada yang meneka, pun salah sebab ada sesuatu dalam duit.

Pada 8 Julai, dia memberitahu bahawa jumlah wang yang dijumpainya itu agak besar dan berkemungkinan milik seorang ketua keluarga. Dia memuat naik status di Facebooknya agar dapat menjumpai pemilik asal. Namun, sesiapa yang mengaku sebagai pemilik asal perlu memberitahu jumlah wang tersebut dan beberapa perkara lagi kerana di dalam gulungan wang itu terdapat sesuatu benda. Hal ini bagi memastikan dia benar-benar memulangkannya kepada pemilik yang sebenar.

Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan dan jumpakan duit ini dengan empunya.

Dengan penceritaan abang ni,Sangat detail dan tak henti-henti dalam yakinkan saya bahawa dialah pemilik sebenar. Cara cerita yang sopan. Tak memaksa, sabar dan tak henti-henti luahkan rasa syukur. Diulang tanpa jemu kronologi bagaimana wang nya tercicir

Abang ni pun dah berkeluarga, selain anak anak yang masih bersekolah dan ada juga baby yang masih menyusu. Beliau menceritakan bahawa saat itu benar-benar buntu dalam kewangan dan terus ikhtiar mendapatkan sumber untuk menyara keluarga.

Setelah 2 hari yang penuh ujian. Hidup ini ada dua pilihan mungkin Allah nak uji adakah kita betul taat atau sebaliknya.

Selepas dua hari, akhirnya dia bertemu dengan seorang lelaki yang merupakan pemilik sebenar wang berkenaan. Lelaki berkenaan menceritakan segalanya dengan begitu jelas tentang bagaimana duit itu boleh tercicir. Oleh kerana lelaki berkenaan dapat menjawab semua soalan yang diajukan dengan tenang dan sabar, Syazwan percaya bahawa lelaki berkenaan merupakan pemilik asal duit itu.

Alhamdulillah juga berkat doa kawan kawan yang bantu viral sampai 10k, yang bantu nasihat, yang bantu share kan dalam whatsapp dan group.

Kepada yang meminta secara har4m dan tidak amanah. Bertaubatlah. Bila aku tanya detail, kau mar4h mar4h aku, kata tak halalkan dunia akhirat dan ramp4s hasil titik peluh suami. Usah cakap bab agama dengan aku. Kau belajar dulu adab bertanya macamana. Tanya pun macam gampang. Laju je kata duit kau.

Terima kasih semuanya.perasaan gembira dapat memulangkannya hanya Allah yang tahu.

Tambahnya lagi, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku mengatakan diri mereka pemilik sebenar. Apabila diajukan soalan bagi mendapat kepastian, mereka bertindak marah dan menjawab tanpa adab. Dia bersyukur kerana akhirnya dia dapat berjumpa dengan pemilik sebenar dan memulangkan sejumlah wang itu kembali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jumpa Segulung Wang Tunai, Tindakan Lelaki Buat Ramai Terkejut….."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*