“Mulia Sungguh…”, Bantu Hantar Ke Masjid & Mandikan Lelaki Dipercayai Ada Masalah Ment4l, Sikap Anggota Polis Ini Dipuji

Lain orang lain ujiannya. Begitulah yang dihadapi seorang pemuda berusia 30-an yang kini hidup tak terurus.

Pemuda istimewa bergelar Man ini dikatakan diuji dengan masalah ment4l dan sering ditemui merayau oleh penduduk tempatan di sekitar Jalan Baharu, Pulau Pinang.

Baru-baru ini, jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baharu tampil berkongsi kisahnya yang dibantu dua anggota polis berhati mulia. Mereka membantu pemuda itu membersihkan diri di masjid berkenaan di samping memberinya pakaian baru, makanan dan minuman.

Allahuakbar. Manusia istimewa ‘Man’, Allah uji dia dengan masalah ment4l, ditemui merayau tanpa berpakaian.

Allah hantar dua anggota polis, Tuan Hafiz dan Izzani dari Balai Polis Bukit Tengah. Mulia sungguh dua anggota ni, ternyata tugas polis bukan sekadar menegakkan undang-undang tetapi khidmat kemanusiaan menjulang martabat kepolisan.

’Man’ dimandikan, diberi pakaian dan makan minum di Masjid Al-Hidayah Jalan Baharu.

Terima kasih juga AJK masjid, abang Karim dll yang turut membantu manusia istimewa ‘Man’.

Benarlah sebagaimana kuliah ustaz Sobri Arshad semalam, Al Quran Surah Ar-Rum ayat 40-41, Allah jadikan manusia, Allah juga berikan rezeki dan Allah juga yang memat1kan untuk his4b nanti. Kita bagaimana?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Mulia Sungguh…”, Bantu Hantar Ke Masjid & Mandikan Lelaki Dipercayai Ada Masalah Ment4l, Sikap Anggota Polis Ini Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*