Siti Terkedu Lihat Aafiyah Teruja Jumpa Neelofa

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi sepotong video menunjukkan anaknya, Siti Aafiyah yang teruja bertemu Neelofa.

Menurut Siti, dia agak terkejut melihat kemesraan Aafiyah ketika bertemu hos dan pelakon popular itu.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah teruja jumpa Aunty Neelofa, tarik tangan ajak duduk sama-sama borak, ibu terkedu kejap,” tulis Siti di Instagram.

Dalam video itu juga, Siti memberitahu Neelofa bahawa Aafiyah tidak pernah melayan orang lain dengan begitu mesra.

“Dekat orang lain dia takda buat macam ni tahu…” katanya.

Pada masa yang sama, Neelofa juga kelihatan sangat terhibur melayan kerenah anak penyanyi nombor satu negara itu.

Perkongsian itu mendapat perhatian wargamaya menerusi ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji kecomelan Aafiyah dan menganggap dia pandai memuliakan tetamu.


Difahamkan, Neelofa telah berkunjung ke rumah Siti untuk temu bual program terbarunya, Next To Neelofa.

Antara ikon lain yang turut ditemu bual dalam program itu adalah Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Rizalman Ibrahim dan Datuk Hans Isaac.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Siti Terkedu Lihat Aafiyah Teruja Jumpa Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*