Jambatan Angkat Terengganu Penuh Pasangan Buat Maks1at

Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memberi amaran kepada 15 pasangan kekasih yang sedang melepaskan rindu di sekitar jambatan angkat (drawbridge) dalam operasi menceg4h maks1at di sekitar kawasan itu.

Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen perkahwinan ketika operasi yang dilakukan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) itu.

Penasihat Skuad Amar, Yusof Abdul Hadi berkata, sepasang kekasih turut ditahan kerana dikesan melakvkan perbvatan tidak berm0ral.

“Skuad Amar tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan tetapi kita serahkan kepada pejabat agama daerah.

“Kita bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada masyarakat supaya menjaga tingkah laku tempat awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, selain melakukan penceg4han aktiviti maks1at dan perbuatan tidak berm0ral pasukan itu juga mengedarkan risalah dan menggantung poster berkaitan kesalahan jen4yah syar1ah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berkunjung di sekitar kawasan berkenaan.

Operasi antara jam 11 malam hingga itu 2.30 pagi itu mendapat kerjasama seramai 20 anggota termasuk Pegawai Penguatkuasa Syariah serta Sukarelawan Amar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Beliau memberitahu, Skuad Amar melakukan rondaan secara berkala terutama pada hujung minggu atau hari cuti umum di lokasi tumpuan orang ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Pen Merah Dot Com

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jambatan Angkat Terengganu Penuh Pasangan Buat Maks1at"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*