Model Sambilan Bangga, Dulu Suami ‘Tak Ada Jiwa’ Kini Berani Buat Luahan ‘Bersemut’ Di Media Sosial… Tak Kisah Wajah Buruk Ketika Sakit

SEORANG isteri tidak menyangka luahan suaminya yang begitu romantis mengenai dirinya, menerusi satu perkongsian di laman sosial menjadi tular.

Masakan tidak, suaminya membuat pengakuan ‘berani mati’ bahawa suaminya itu tidak memahami maksud cinta yang sebenar sehingga mereka dipertemukan.

“Sukar untuk dijelaskan tapi saya seorang lelaki tak ada jiwa. Orang cakap budak tak ada perasaan… hinggalah saya jumpa dia.

“Sayang, saya tahu saya bukan sweet atau romantik seperti yang lain, tetapi saya akan lakukan apa saja untuk memastikan you tidur dengan hati yang tenang setiap malam dan bangun dengan senyuman ceria setiap pagi,” antara luahan suaminya di akaun @asyrafaley.

Perkongsian suami Wardina di laman Instagram menjadi tular. Foto instagram asyrafaley

Wanita berkenaan, Wardina Anuar, 19, mendedahkan bahawa suaminya memberitahu coretan panjang lebar itu dibuat ketika dia sedang tidur.

Wardina yang bergelar isteri kepada jejaka pilihannya pada 6 Jun lalu bagaimanapun berbesar hati dengan cara suaminya meluahkan perasaannya.

“Wanita mana yang tak suka apabila diri diagung-agungkan oleh suami sendiri kepada umum, lebih-lebih lagi dengan era kini yang rata-ratanya menggunakan media sosial.

“Setiap orang ada cara yang berbeza-beza. Dan luahan suami di Instagram adalah salah satu bentuk love language (bahasa cinta) antara kami,” katanya kepada mStar.

Wardina (kanan) mengenali suaminya selama satu setengah tahun sebelum mendirikan rumah tangga. Foto instagram wardinaanuar

Mengimbas kembali perkenalan mereka selama satu setengah tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga, Wardina berkata, suaminya itu merupakan seorang yang tegas tetapi lembut hati.

“Saat yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu saya menghidap konjunktivitis akibat jangkitan pada kedua-dua mata, pada pertengahan tahun lalu.

“Masa tu kami baru dalam fasa couple, tunang pun belum. Saya betul-betul down sebab selain sakit mata dan sukar untuk melihat, rupa saya sedikit berubah.

Setiap orang ada cara yang berbeza-beza. Dan luahan suami di Instagram adalah salah satu bentuk love language (bahasa cinta) antara kami.

“Keadaan mata saya merah-merah, ada kesan lebam. Rasanya bukan saya je, mana-mana perempuan pun akan malu sebab nampak buruk.

“Tapi dia tak kisah pun rupa saya macam mana. Malah, hampir kesemua sembilan check up dan rawatan saya dia yang bawa dan temankan,” ujar model sambilan berasal dari Kuala Lumpur itu.

Wardina merupakan model sambilan. Foto instagram wardinaanuar

Menurut pelajar separuh masa di Universiti Taylor kampus Lakeside di Subang Jaya, Selangor itu, lelaki itu turut memberi sokongan moral secara langsung dan tidak langsung.

“Dengan mata yang sakit tu, saya jadi lemas dan rimas. Sepanjang masa saya pakai sunglasses je. Tapi dia layan saya baik macam tak ada apa-apa berlaku. Dia tak layan saya macam orang sakit.

“Sepanjang tempoh sebulan termasuk melakukan pembedahan kecil, dia sentiasa ada bersama saya, terima saya seadaanya. Orangnya tegas tapi ada hati dan perasaan,” tambahnya.

Menurut Wardina, suaminya seorang yang tegas tetapi lembut hati. Foto instagram wardinaanuar

Wardina yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu juga menyedari ada pihak yang mempertikaikan kononnya dia hanya berkongsi yang ‘indah-indah sahaja’ di media sosial.

“Ia macam satu profil, kita pilih apa yang kita hendak post di laman sosial. Lain orang lain caranya, dan ini salah satu cara love language kami.

“Buat mereka yang lain, kenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Cuba ketahui apa yang dia suka dan tidak. Sebab perempuan suka diberikan perhatian,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Model Sambilan Bangga, Dulu Suami ‘Tak Ada Jiwa’ Kini Berani Buat Luahan ‘Bersemut’ Di Media Sosial… Tak Kisah Wajah Buruk Ketika Sakit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*