Keluarga Adib B1das Kenyataan Ketua Polis Negara, Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kem4tian

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kem4tian anggota bomba berkenaan.

“Perlu ditekankan di sini bahawa Mahkamah Koroner telah pun memberikan dapatannya tentang punca dan sebab kemat1an arw4h Adib.

“Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ia adalah kewajipan pihak polis untuk menjuruskan siasatan bagi mencari siapakah dia “dua atau lebih orang” yang menyebabkan kem4tian arw4h Adib, dan bukannya mempersoalkan semula punca kemat1annya lagi sama ada dibvnuh atau tidak, sebab hal tersebut telah pun selesai diputuskan mahkamah.

“Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kem4tian kononnya melalui satu “pasukan kajian semula’,” kata keluarga Adib dalam satu kenyataan melalui peguam mereka hari ini.

Abdul Hamid sebelum ini mencadangkan penubuhan pasukan petugas untuk menyiasat semula semua aspek kem4tian Adib dan mengatakan bahawa pasukan petugas itu akan memusatkan perhatian kepada para saksi.

Abdul Hamid berkata polis akan mencadangkan untuk membentuk pasukan petugas ini kepada Kementerian Dalam Negeri kerana terdapat pendapat yang bertentangan dari dua ahli patologi yang telah melakukan bed4h siasat ke atas Adib.

Polis juga telah memanggil 31 saks1 dari inkves dan sebanyak 52 saksi baru telah memberikan keterangan mereka, kata Hamid.

Ketua polis negara itu berkata setakat ini, tidak ada seorang pun saksi yang dapat memberitahu polis bahawa mereka melihat Adib dipvkul semasa rusvhan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Baby Biru

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Keluarga Adib B1das Kenyataan Ketua Polis Negara, Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kem4tian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*