“Masalah Tidur Ada Kaitan Dengan Isu Kesihatan Ment4l

Perkongsian tentang masalah tidur dan cara mengatasinya ini dikongsi oleh Dr Rostam yang merupakan pakar psikiatri di Twitter menggunakan akaun Twitter @zaidrostam untuk membantu mereka yang menghadapi masalah tidur.

MASALAH TIDUR BERKAITAN ISU KESIHATAN MENTAL

1. Sukar untuk mula tidur. Ambil masa lama sebelum boleh tidur. Berasa resah gelisah dan penat kerana cuba juga untuk tidur.2 Tidur yang mudah terjaga & sukar pula untuk tidur semula.3. Tak dapat tidur langsung.4. Kerap mimpi buruk.5. Bangun terlalu awal tetapi mood dan perasaan ke laut.6. Tak rasa nak tidur langsung.7. Terlalu banyak tidur walaupun bukanlah nak tidur sangat.8. Waktu tidur berubah dari malam menjadi tidur siang.9. Tidur tapi tak rasa macam tidur. Badan dan minda letih sama saja.

Cara atasi? Amalkan sleep hygiene seperti disenaraikan:

1. Elakkan minuman berkafein, gula tinggi & minuman tenaga pada lewat petang dan waktu malam.2. Amalkan waktu rutin tidur dan bangun tidur yang sama (walaupun tak boleh tidur).3. Elakkan melihat jam selepas melewati waktu tidur yang telah ditetapkan. Bagus kalau boleh tiada jam dalam bilik..4. Offline seawal mungkin sebelum waktu tidur. Sekurang-kurangnya 30 minit. Jangan amalkan melihat phone/media sebelum lelap mata.5. Amalkan rutin sebelum tidur yg boleh tenangkan fikiran. Baca Quran, relaxing music etc.6. Mandi air suam sebelum tidur. Penurunan suhu badan selepas mandi bantu mengantuk.7. Minum fresh milk suam before tidur. Dalam susu ada prekursor Serotonin yang bantu tidur.8. Elak tidur siang walaupun tak tidur malam sebelumnya melainkan power nap (tidur around 20-30min max) yang diambil pada waktu tengahari (around zuhur). Elak tidur lewat petang.9. Suhu sejuk dalam bilik (kalau ada aircond). Tidak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.10. Katil hanya untuk dua perkara sahaja: tidur dan seks. Benda lain kena buat kat tempat lain termasuk main phone.11. Makan malam awal. Elakkan senaman lewat malam yg memenatkan.12. No blue lights in your room. Tidur dalam gelap atau lampu tidur yang malap. kondusif untuk hasilkan hormon Melatonin yang penting untuk tidur.13. No nicotine/alcohol/drugs termasuk ubat tidur beli tanpa jumpa doktor.

Masih tak boleh tidur? Jumpalah doktor anda untuk dapatkan tips selanjutnya.

Kisah ini dikongsi pengguna Twitter Dr Rostam menggunakan akaun Twitter dan mendapat hampir 2,000 Retweet dan lebih 2,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Masalah Tidur Ada Kaitan Dengan Isu Kesihatan Ment4l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*