Akhirnya, Donald Trump Pakai Pelitup Muka Di Khalayak Ramai

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akhirnya memakai pelitup muka (mask) di khalayak ramai pada Sabtu.

Memetik laporan BBC News, Trump telah mengunjungi sebuah hospital tenter4, Walter Reed di luar Washington dan merasakan pemakaian pelitup muka diperlukan di lokasi berkenaan.

“Saya tak pernah menent4ng pemakaian pelitup muka, tapi saya percaya, ada masa dan tempat yang betul untuk memakainya,” kata Trump.

Tambah Trump, keadaan pesak1t yang ramai di hospital tenter4 itu juga membuatkan dia mengambil langkah berjaga-jaga.

“Apabila kita berada di sebuah hospital, terutamanya dalam keadaan begini, tenter4 yang ramai dan ada juga yang baru selesai menjalani pembed4han, pemakaian pelitup muka di sini adalah diperlukan,” katanya lagi.

Terdahulu, Trump pernah menyatakan dia tidak mahu mengikut saranan Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) untuk memakai pelitup muka sebagai satu langkah menghentikan penularan COVID-19.

“Saya tak rasa akan lakukannya, pakai pelitup muka dan menegvr barisan pemerintah, ia tak bersesuaian,” katanya sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : BBC News

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Akhirnya, Donald Trump Pakai Pelitup Muka Di Khalayak Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*