Hamil Anak Kedua, Faye Kusairi Al4mi Alah4n Tervk

Meskipun sedang hamil empat bulan, pelakon Faye Kusairi berkata dia tetap aktif berlakon apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu. Menurut Faye, tiada sebab untuknya menolak tawaran berlakon meskipun sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Faye berkata dia mengal4mi al4han tervk berbanding hamil anak pertama. Akui penat berlakon ketika hamil, namun Faye berkata keadaannya baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah, saya kini hamil anak kedua. Bagaimanapun, saya tetap bekerja. Sebelum ini, saya baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2.

“Jujurnya, saya meng4lami al4han lebih tervk, berbanding hamil anak pertama. Bagaimanapun, mujurlah ketika fasa trimester pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya duduk di rumah berehat sahaja.

“Keadaan saya bertambah baik, tetapi bohonglah jika cakap tak penat. Penat juga, tetapi tidaklah tervk sangat. Semuanya baik-baik sahaja ketika penggambaran,” katanya.


Timbul spekulasi dirinya merajuk, Faye menafikan d@kwaaan tersebut. Jelasnya lagi, dia juga dia tidak menyepikan diri atau memilih tawaran lakonan, sebaliknya belum ada rezeki naskhah yang menonjolkan dirinya.

“Saya masih berlakon, cuma belum ada naskhah yang ‘outstanding’ yang buatkan penonton nampak saya. Saya tidak merajuk seperti yang diperkatakan, cuma jadual agak padat dengan perniagaan yang diusahakan sejak April, tahun lalu.

“Ada sahaja tawaran lakonan yang diterima dan saya tak pernah pilih naskhah. Jika tawaran bersesuaian dengan jadual, saya terima. Jika tidak, saya terpaksa tolak,” katanya.

Terdahulu, Faye yang berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hamil Anak Kedua, Faye Kusairi Al4mi Alah4n Tervk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*