Personaliti media sosial yang juga usahawan syafiqah Aina mencuri perhatian wargamaya apabila menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama kepada semua kakitangannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Aina berkongsi sebuah video sedang membeli beg-beg daripada jenama terkenal Charles & Keith tersebut untuk tatapan umum.
“Haritu ada sorang team management letak wallpaper gambar beg tangan Charles & Keith sebagai wishlist dia. Kemudian staff lain kumpul duit untuk hadiahkan beg tangan tu diam-diam pada dia.
“Saya sangat gembira lihat perkara tu. Terus tergerak hati dan Aina cerita dekat Hafiz, Aina nak hadiahkan yang lain jugak. Hafiz cakap okay, jom kita keluar cari beg tangan untuk diorang.
“Aina paling syukur bila dari awal dulu staff biasakan baca Al-Waqiah setiap pagi dekat pejabat untuk jaga keberkatan rezeki tu.
“Mereka sangat bahagia dan Aina tahu bahagia mereka bukan sebab mengharapkan hadiah daripada Aina dan Hafiz. Tapi sebab syukur dikelilingi dan berada dalam keluarga AINAA,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah, suaminya Hafiz Mahamad turut meminta kakitangan lelaki untuk menghadiahkan beg tangan pemberian mereka itu kepada isteri atau ibu masing-masing sebagai tanda berkongsi rezeki.
Meninjau ke ruangan komen, ramai teruja melihat kegembiraan yang terpancar di wajah setiap kakitangan Aina dan Hafiz.
“Happynya diorang dapar hadiah! Semoga dilimpahi rezeki yang berkat dan berpanjangan,” tulis seorang wargamaya.
“Sentap dengar ayat tak miskin pun kalau kita memberi, good luck Aina,” luah seorang wargamaya.
“Menangis tengok video kali ni sebab tengok bos yang sayang dan jaga staff betul-betul,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan daripada warga Instagram.
Imbas kembali, Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Raisya Narisa pada 25 Jun 2019.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "“Pandai Jaga Staf” – Syafiqah Aina ‘Borong’ Beg Tangan Berjenama Untuk Semua Pekerja"