Redza Rosli Tak Minat Bercinta – “Lebih Baik Saya…”

Pelakon Redza Rosli bersyukur rezekinya sebagai seorang aktor mencurah-curah sepanjang tahun 2020.

Tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran untuk menjayakan telefilem dan drama bersiri, Redza menggunakan peluang yang ada untuk meluaskan langkahnya dalam bidang seni.

“Alhamdulillah, setakat ini kehadiran tahun 2020 memberikan saya rezeki yang tidak putus-putus.

“Awal tahun saya bermula dengan baik. Biarpun selepas itu semua berehat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini kerjaya seni kembali bermula dan saya rancak mendapat pelbagai tawaran.

“Sekarang saya sibuk di set penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet terbitan Zeel Productions yang bakal disiarkan di RTM.

“Selepas ini pun sudah ada tawaran lain yang menanti, syukur Alhamdulillah kerjaya saya berjalan dengan lancar,” katanya.


Ketika ditanya mengenai sisi peribadi, Redza yang mendedahkan dirinya masih solo mengakui tidak minat bercinta.

“Saya sebenarnya tak minat sangat nak bercinta, sebab bukan senang saya nak suka terhadap seseorang perempuan.

“Saya tak kisah soal siapa jodoh di masa depan sebab itu semua ketentuan Allah.

“Saya lebih suka berkawan dulu. Belum sedia nak bercinta, kerana bagi saya seakan membuang masa untuk suai kenal. Maksud saya macam ‘malas’.

“Daripada saya nak bercinta dengan orang lain, lebih baik saya ‘bercinta’ dengan keluarga sendiri,” katanya lagi.

Redza ditemui di set penggambaran drama bersiri Juliet baru-baru ini.

Memegang watak Ashraf, naskhah terbabit mendapat sentuhan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar selaku sutradara.

Juliet yang turut membariskan pelakon hebat lain seperti Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong serta ramai lagi dan bakal ditayangkan sekitar September ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Redza Rosli Tak Minat Bercinta – “Lebih Baik Saya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*