“Pening Kepala Aleesya Nak Adik Bersyarat..” – Erra Fazira

SELEPAS sekian lama nama Erra Fazira tidak lagi dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Shahir Zawawi, aktres itu mengakui mereka masih berhubung antara satu sama lain.

Malah Erra yang terkenal dengan jolokan primadona filem Melayu alaf baharu itu juga berkata dia dan penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu masih bertemu bila ada kelapangan.

“Kami masih berhubung, kalau ada masa lapang kami akan keluar bersama bermain badminton. Cuma mungkin sekarang ni amat jarang bertemu… tapi yang penting status kami adalah sekadar kawan, ” kata Erra kepada mStar.

VIDEO :

Erra Fazira Akui Masih Berhubung Dengan Shahir

Sekian lama menjalin hubungan rapat, bagaimanapun pelakon dan penyanyi Erra Fazira mendedahkan hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, Erra menjelaskan dia dan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu masih berkawan baik. Malah, Erra berkata mereka juga masih berjumpa untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama.

 

View this post on Instagram

 

Seriuuuussss weyyy… gereeemmmm jerrr!! 🤨🤨😤😤🙄🙄

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


“Kami masih berhubung… masih. Kalau ada masa lapang kami akan berjumpa untuk bermain badminton. Cuma bezanya tidak kerap. Sekali sekala tu adalah,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, selepas empat tahun menjalin hubungan cinta, pasangan itu akhirnya berpisah. Bagaimanapun, Erra tidak menjelaskan punca perpisahan mereka itu.

Dalam pada itu, Erra mengatakan dia tidak merasa kecewa mahupun sedih dan percaya apa yang berlaku sudah ditetapkan Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Pen Merah Dot Com

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Pening Kepala Aleesya Nak Adik Bersyarat..” – Erra Fazira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*