Saiz Kaki Berubah Selepas Bersalin, Liyana Jasmay Nak Jual Lima Pasang Kasut Jenama Mewah – “Kaki Saya Besar Jadi Saiz 36.5”

SELEPAS melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa pada 2014, pelakon Liyana Jasmay terpaksa akur apabila berlaku perubahan kepada saiz kakinya.

Disebabkan perkara itu, Liyana, 32, membuat keputusan untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama yang dianggap sangat berharga berikutan tidak lagi boleh dipakai.

Menurut penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu, sesiapa yang berminat untuk membeli boleh menghantar mesej di laman Instagram miliknya.

Liyana muat naik video memperlihatkan lima pasang kasut yang ingin dijual.

“Kasut-kasut saya untuk dijual! Saiz 35 dan 35.5. DM saya jika anda berminat! Saya bebel banyak sambil tunjuk anda kasut-kasut saya. Tapi kasut-kasut ini saya jarang pakai.

“Jadi, selepas beranakkan Sofia, kaki saya besar jadi saiz 36.5. Oh well… semua kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak?

“Jadi, jika ada antara anda yang kaki saiz 35.5 dan 35 boleh DM saya jika anda betul-betul berminat okay” kata Liyana.

Semua kasut ini sangat berharga bagi saya sebab itu lama saya fikir nak jual ke tak.

Pelakon filem popular Papadom itu berkongsi perkara itu dengan memuat naik video memperlihatkan lima pasang kasut berjenama yang masih lagi berada dalam keadaan baik dan boleh dipakai.

Bagaimanapun, Liyana tidak meletakkan harga kasut yang ingin dijualnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Fathuddin pada Februari 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sofia Arissa, 6, dan Selena yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Saiz Kaki Berubah Selepas Bersalin, Liyana Jasmay Nak Jual Lima Pasang Kasut Jenama Mewah – “Kaki Saya Besar Jadi Saiz 36.5”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*