”Tak Sampai Ke Sana”-Zarina Zainuddin Nak Pasarkan Pulut Kuning Ke London

Pelakon Zarina Zainuddin berhasrat untuk memasarkan produk masakan pulut kuning yang diusahakannya selama ini ke luar negara.

Menurut Zarina, dia juga sudah membeli mesin pembungkusan yang mampu menjadikan produk masakannya itu tahan lebih lama.

“Saya dah lama nak pasarkan ke luar negara cuma masalah yang saya hadapi selama ini nak bagi pulut tahan lama. Saya dah beli mesin retort yang boleh membuatkan pulut tahan sehingga dua tahun.

“Jadi, selepas ini boleh hantar ke serata negara termasuklah Brunei, Singapura dan ke Timur Tengah,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Zarina menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan mesin yang dibeli khusus bagi memastikan kualiti produk makanannya.

Pembungkusan baharu nanti itu membolehkan pulut kuningnya tersedia untuk dimakan terus dengan hanya dipanaskan di dalam ketuhar sahaja.

Menurut Zarina lagi, selama ini, dia memang sudah mempunyai permintaan yang banyak daripada negara luar yang ingin merasai sendiri masakan pulut kuning.

“Permintaan dari luar negara memang banyak. Lagipun, saya dah ada pengikut dari Indonesia, Brunei Singapura, termausklah Arab Saudi.

“Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk sama-sama kongsi dengan peminat di sana.

“Dalam tempoh lima tahun lagi, saya harap pasaran akan lebih luas dan saya akan cuba untuk hantar pulut kuning ini ke London, Insya-Allah,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Tak Sampai Ke Sana”-Zarina Zainuddin Nak Pasarkan Pulut Kuning Ke London"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*