“Baik Orang Luar Kenal Siapa Diri Kita Yang Sebenar Daripada Kant0i Busvk-Busvk Jer,” – Scha Elinnea

Pelakon Scha Elinnea akui dirinya tidak terkejut andai ada foto daringnya diperkatakan hingga mencetuskan tular di media sosial selepas ini.

Ini kerana, bintang berusia 21 tahun ini lebih selesa menjadi diri sendiri, jauh sekali untuk bersikap hipokrit.

“Jujurnya saya tidak terkejut sebab lebih baik untuk orang di luar sana mengenali siapa diri kita yang sebenarnya daripada ‘kantoi busuk-busuk’ je.

“Kalau sudah kantoi begitu, lagilah malu. Saya lebih selesa andai orang tahu, inilah Scha Elinnea. Macam mana dirinya dalam Instagram, begitulah dia seadanya di luar.

“Akan tetapi, kita tidak boleh menilai atau berburuk sangka terhadap seseorang individu itu daripada apa yang dipakainya,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

I’d give you the universe if I could, so please believe me when I say that you are more to me than what you imagine.

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on


Terdahulu, Scha ditemui di lokasi penggambaran drama 26 episod, Juliet terbitan Zeel Productions yang bakal ditayangkan September depan.

Bercakap mengenai kritikan yang diterimanya atas penampilannya yang berani, Scha atau nama lengkapnya,  Azleena Natasha Mubeen tidak mahu ambil pusing selagi ia tidak membabitkan hal peribadi.

“Saya tidaklah stress kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka.
“Tak beri efek, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Baik Orang Luar Kenal Siapa Diri Kita Yang Sebenar Daripada Kant0i Busvk-Busvk Jer,” – Scha Elinnea"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*