“Bakal Buat Mata Korang Bengk4k” – Wawa Zainal Kembali Berlakon Selepas 3 Tahun Dia….

Pelakon Wawa Zainal kembali aktif di kaca televisyen selepas tiga tahun apabila selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Menerusi laman sosial Instagram, Wawa memuat naik sekeping foto di set penggambaran untuk tatapan umum.

“Selepas 3 tahun tak berlakon, alhamdulillah dah selesai penggambaran #SabdaKekasih, sebuah telefilem arahan Azhari Zain yang bakal buat mata korang bengk4k,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.


Menerusi perkongsian itu, Wawa kelihatan Anggun mengenakan gaun panjang putih dan sebuah video aks1nya berlari diiringi lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Datuk Rossa.
Rata-rata wargamaya juga tidak sabar untuk menonton dan melepaskan rindu pada lakonan Wawa.

“Cantiknya, tak sabar nak tengok,” tulis seorang wargamaya.

“Tengok kak Wawa pun dah bengk4k mata,” komen seorang wargamaya.

“Allahu cantiknya berlari macam bidadari,” puji seorang wargamaya.

“Tak sabar ya nak tengok, boleh lepas rindu,” kata seorang wargamaya lagi.

Sebelum ini, Wawa sibuk bergelar ibu kepada tiga cahaya mata dan usahawan dengan menjalankan perniagaan kosmetik serta penjagaan kulit.

Kali terakhir Wawa muncul di kaca TV sebagai pelakon adalah menerusi drama Sejadah Untuk Dia dan telefilem Biarkan Cinta Tersenyum Lagi pada tahun 2017.

Sekadar info, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Bakal Buat Mata Korang Bengk4k” – Wawa Zainal Kembali Berlakon Selepas 3 Tahun Dia…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*