“Dapat ‘Amar4n’ Syarikat Produksi..” – Anzalna Nasir

Pelakon Anzalna Nasir mengakui belum bersedia untuk kembali semula aktif berlakon biarpun anak sulungnya, Mohamad Eidrees kini sudah menginjak usia setahun.

Menurut Anzalna, 32, dia kini berasa lebih seronok menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dengan menghabiskan masa membesarkan anak di rumah.


“Lama tunggu Eidrees dan Alhamdulillah rezeki dapat membesarkan dia sendiri tanpa pembantu. Buat masa sekarang memang kena pilih job.

“Kadang-kadang memang rindu nak berlakon tapi terpaksa tolak dulu sebab nak tengok anak membesar depan mata. Seronok! Buat masa sekarang, Eidrees merupakan keutamaan saya. Apa saja nak buat kena fikirkan dia dulu,” katanya kepada Astro Gempak.

Biarpun asyik menolak tawaran yang datang kepadanya, kata Anzalna dia terharu apabila banyak syarikat produksi tidak pernah serik untuk memanggilnya.

“Benar banyak tawaran berlakon sampai ada yang tulis cuba nasib. Antara syarikat produksi yang tak pernah lupa kat saya ialah Global Station.

“Saya mula berlakon pun dengan mereka sampai dah ada anak pun mereka masih tawar berlakon. Sampai beri amar4n pastikan saya buat kemunculan semula dengan drama mereka. Sweet kan?,” ceritanya.


Katanya, dia hanya akan kembali semula ke set penggambaran selepas dirinya benar-benar bersedia.

“Insya-Allah saya akan mula berlakon semula bila saya betul-betul bersedia. Buat masa sekarang, saya rezeki tu saya serahkan kepada orang lain.

“Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan,” katanya,” katanya.

Terdahulu, menerusi Instagram Stories, Anzalna turut menzahirkan penghargaan kepada stesen televisyen yang mengulang siar drama-drama lakonannya sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Pen Merah Dot Com

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Dapat ‘Amar4n’ Syarikat Produksi..” – Anzalna Nasir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*