Hikm4h Dil4nda Gemp4 Bumi, Tapak Perkhemahan Polumpung Melangkap Wish List Pencinta Alam

BANGUN sebelum waktu subuh dan menuju ke tebing sungai yang sejuk tetapi ia tidak menjadi alasan kerana itu adalah waktu terbaik untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu dari lembah.

Jika bernasib baik, gambar dan video gunung yang indah dapat dirakamkan sebagai kenangan dan ‘belanja’ di media sosial.

Ini adalah antara aktiviti yang dilakukan ramai pengunjung ke Tapak Perkhemahan Polvmpung Mel4ngkap di Kota Belud, Sabah ketika berm4lam di kawasan itu.

Ia adalah destinasi terbaik untuk santai, menikmati alam semula jadi sambil menenangkan fikiran.


Pemadangan yang cukup indah dan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihat.

Tapak perkhemahan itu masih baharu – ia ‘terbentuk’ kesan daripada insiden gemp4 bum1 di Sabah pada 2015 (dan b4njir beberapa bulan kemudian) sehingga mengubah geografi di kampung tersebut.

Penduduk kampung kemudiannya mengambil inisiatif untuk mempromosikan Kampung Melangkap sebagai tarikan pelancong yang menawarkan aktiviti seperti perkhemahan dan cabaran rak1t arvs der4s.

Polumpung adalah salah satu daripada beberapa kawasan perkhemahan kampung yang mudah diakses dan berpatutan. Jika itu tidak cukup, ia menawarkan pemandangan gunung yang terbaik!

Sungai yang melintasi kampung itu juga cukup bersih dan airnya sejuk walaupun ketika cuaca panas disebabkan ia datang terus daripada gunung.


Melihat bintang di langit pada waktu malam.

Sekiranya air sungai terlalu sejuk untuk anda mandi, j4ngan b1mbang terdapat kolam buatan manusia untuk anda berend4m dan menikmati pemandangan indah.

Manakala pada waktu malam, baring sambil melihat sejuta bintang yang berkelip di langit tapi j4ngan lupa membawa lampu suluh!

Tapak ini mempunyai beberapa pilihan perkhemahan termasuk; bawa khemah sendiri (boleh minta bantuan petugas untuk memasangnya) atau sewa daripada pihak pengurusan tapak atau menginap di dewan serbaguna.

Bagaimanapun anda perlu membawa beg tidur sendiri dan sekiranya tiada, boleh menyewanya walaupun ia terhad.


Selain membawa sendiri khemah anda, ia juga boleh disewa.

Bagi yang ingin memasak sendiri – ada dapur yang boleh digunakan atau sewa salah satu tempat barbekv yang disediakan. Jika tidak, pesan sahaja makanan daripada kafeteria.

Kemudahan tandas, bilik mandi dan tempat menukar baju juga disediakan tetapi bawa tuala dan kelengkapan mandi anda sendiri.

Kawasan ini cukup sesuai bagi yang ingin melakukan aktiviti berkumpulan atau bersama keluarga. Bagi yang ingin datang dan pulang pada hari sama juga turut dialu-alukan namun waktu masuk adalah terhad. (Tip: Sekiranya anda meranc4ng hanya untuk melihat gunung, pastikan tiba sebelum pukul 10 pagi).

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beberapa kemudahan mungkin tidak boleh digunakan, jadi sebaik-baiknya telefon terlebih dahulu sebelum membuat tempahan dan bertanya mengenai SOP dan langkah keselamatan lain.

Kawasan ini sesuai untuk yang ingin bercuti bersama rakan-rakan atau keluarga.

Harga juga mungkin berubah – sebelum PKP, bayaran masuk di antara RM3 hingga RM12, sementara sewa RM5 dan RM40.

Bagaimana hendak ke sana?

Kampung Melangkap terletak di Kota Belud, Sabah. Cara terbaik untuk ke sana adalah melalui Tuaran Utama (bagi yang biasa dengan jalan raya di sana, ada beberapa laluan lain).

Paling selamat, guna Waze atau Google Map sebelum memandu ke sana. Bagi pelancong yang pertama kali ke Sabah, adalah lebih baik menempah pemandu pelancong.

Tapak Perkhemahan Polumpung Melangkap Kg Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hikm4h Dil4nda Gemp4 Bumi, Tapak Perkhemahan Polumpung Melangkap Wish List Pencinta Alam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*