Kandungan Masuk Trimester Kedua, Mawar Rashid Dah Berani Naik Bot Dan Tengok Ape Yang Dia Buat

Meskipun usia kandungan keduanya itu baru sahaja memasuki trimester kedua, Mawar Rashid sudah berani ambil risiko menaiki bot ketika bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Akui pada awalnya turut rasa bimbang, namun Mawar berkata dia sudah pun mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan aktiviti ketika bercuti ke pulau itu.

“Awal-awal tu risau juga boleh ke tidak nak bercuti ke pulau. Tapi saya tanya pakar sakit puan yang merawat saya, dia kata boleh pergi tapi tak boleh naik bot kecil.

“Alhamdulillah, memang saya jaga betul-betul. Saya dah tanya pada doktor, bukan main naik saja bot dan pergi pulau tanpa dapatkan kepastian tentang kandungan saya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mawar berkata semasa menaiki bot tersebut dia duduk di bahagian belakang supaya tidak terkena hentaman. Ujarnya lagi, bot yang dinaikinya itu juga bersaiz besar dan tiada hentakan kuat.

“Bot yang saya naik tu besar jadi hentakan tak kuat dan tak jejas kandungan saya. Bot itu pun selamat. Semasa di sana pun saya memang jaga betul-betul. Saya duduk di bahagian belakang bot sebab tak ada hentakan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Kenange manih 🍬

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on


Berkongsi pengalaman hamil kali kedua itu, Mawar memberitahu alahan yang dialami semakin berkurang dan dia juga sudah mula aktif bekerja. Mawar juga menyifatkan kehamilan kali ini lebih mudah berbanding sebelum ini.

“Masa trimester pertama memang loya teruk. Mual-mual, muntah-muntah. Tapi Alhamdulillah dah masuk trimester kedua ni dah kurang mual. Alahan pada bau pun dah kurang, tak seteruk masa hamilkan Rafael,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kandungan Masuk Trimester Kedua, Mawar Rashid Dah Berani Naik Bot Dan Tengok Ape Yang Dia Buat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*