“Kalau Kari Mentua Diletak Kayu, Maka Letak Kayu” – Baru Makan Sesuap, Suami Dah Komplen ‘Tak Sama Macam Mak Masak’… Isteri Rasa Diri Tak Berguna!

TIDAK semua wanita yang sudah berkahwin pandai memasak tetapi ada yang cuba belajar untuk memperbaiki kelemahan itu dari semasa ke semasa.

Namun masih ada suami yang cerewet sehingga mengharapkan masakan isterinya seperti air tangan ibu sendiri dalam sekelip mata.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita sebagaimana kisah yang dikongsikannya menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut wanita berkenaan, suaminya baik, bertanggungjawab dan romatik tetapi dia kecewa dengan sikapnya yang sering mengkritik cara masakannya.

“Walaupun begitu, ada satu perkara yang sering menjadikan saya berasa isteri yang tidak berguna atau ‘useless’ iaitu hal ketika di dapur sewaktu hendak makan.

Wanita tersebut turut tertekan dengan sikap suaminya itu.

“Saya tidaklah begitu hebat atau pandai dalam bidang masakan kerana saya juga sedang proses belajar memasak. Namun saya tidak pernah tidak menyediakan makanan untuknya.

“Dari sesimple-simple hidangan hingga ke lauk kegemarannya. Setiap kali saya sedang memasak atau ketika sudah hendak makan, baru mahu masuk sesuap makanan ke dalam mulut dia selalu kritik itu, ini masakan saya,” luahnya pada posting tersebut.

Kata wanita itu lagi, dia kecewa apabila suaminya mengharapkan masakannya sama seperti air tangan ibunya.

“Jika kari itu contohnya diletak kayu, maka letak kayu. Saya terasa seperti mahu menangis mendengarnya. Saya tidak tahu nak buat bagaimana lagi.

“Saya sudah sedaya upaya cuba yang terbaik, semangat ketika mahu memasak ketika mahu menjamu dia makan tetapi dia makan dengan berat hati dan muka yang mencuka. Seolah-olah tidak dihargai rezeki dan usaha saya memasak untuknya,” kata wanita itu lagi.


Lelaki tersebut turut membandingkan masakan isteri dengan ibunya.

Meskipun dia sudah menjelaskan bahawa dia punya cara masakan tersendiri, suaminya memintanya supaya terus belajar memasak.

“Tidak apa-apa tapi bila saya masak lagi dikatanya itu, ini, begitu begini. Saya rasa sedih dan tension.

“Masuk waktu makan sahaja, saya moody. Dia pula seperti seorang yang perfect sahaja dalam setiap urusannya.

Saya merasa seperti biarlah dia balik semula ke ibunya. Tidak ada gunanya dia menikah, hidup bersama saya kalau lagi mahu makan masakan yang caranya sama seperti ibunya.

“Bila saya kata lepas ini saya sudah tidak mahu masak, lalu dia kata ikutlah kalau sanggup begitu,” katanya.

Tidak tahan dengan sikap suaminya itu, wanita tersebut pernah meminta suaminya supaya balik saja ke rumah ibunya.

“Seperti saya kata apa pun tidak akan terkesan di hatinya maksud saya macam mana lagi harus saya buat.

Wanita tersebut sudah tidak tahan lagi dengan sikap suaminya itu.

“Saya merasa seperti biarlah dia balik semula ke ibunya. Tidak ada gunanya dia menikah, hidup bersama saya kalau lagi mahu makan masakan yang caranya sama seperti ibunya.

“Tidak ada gunanya kalau dia tidak mampu terima cara saya dan kekurangan saya. Jadi untuk apa dia menikah dengan saya?” soal wanita tersebut.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu dan menasihatinya supaya belajar memasak dengan ibu mentuanya.

“Cuba belajar masak ngan mak mertua. Anak mak memang macam ni. Pikat dulu perut suami, jangan sikit-sikit nak cerai. Kahwin cerai sebab remeh tak membawa manfaat. Untung sangat kalau dapat mak mentua yang pandai masak. Boleh timba ilmu,” tulis Syira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kalau Kari Mentua Diletak Kayu, Maka Letak Kayu” – Baru Makan Sesuap, Suami Dah Komplen ‘Tak Sama Macam Mak Masak’… Isteri Rasa Diri Tak Berguna!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*