Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa -“Tak Perlu Naik Lif”

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa dan menyenangkan untuk keluarganya tercapai.

Menurut Saharul, 31, dia bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisyen dimakbulkan tuhan.

“Rasanya dua tahun lepas, saya pernah post di Instagram, saya doa, saya nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga.

“Tak perlu naik lif sebab setiap kali nak angkat barang macam payah. Lagi-lagi bila beli barang dapur.

“Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah,” kongsinya menerusi satu entri did Instagram.

Dalam posting tersebut, Saharul turut memuat naik sebuah video yang memaparkan rumah baharunya yang sedang menjalani proses ubah suai dalaman.

 

View this post on Instagram

 

Rasanya 2 tahun lepas, sy pernah post kat IG , sy doa, sy nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga , tak perlu naik lift sebab everytime nak angkat barang macam payah. Lagi2 bila beli barang dapur. Jadi tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah sy sendiri ni parking betul2 depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah je sampai dah rumah. Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Dan saya yakin inilah yang terbaik utk saya pada waktu ini. Alhamdulillah. InShaaAllah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ye sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha , sabar dan tawakkal. InShaaAllah Berdoalah setiap hari pada Allah. Mintalah setiap hari pada Allah. Tunaikanlah apa yang diminta dari kita sebagai hambaNya. InShaaAllah, ganjaran Allah lebih besar dari apa yang boleh dinilai oleh kita. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

“Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini.

“Alhamdulillah. Insya-Allah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ya sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha, sabar dan tawakal,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, isterinya, Deena Emir turut mengucapkan terima kasih buat suaminya itu yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat keluarganya.

“Saspens betul ingatkan nampak interior dia. @saharulridzwan terima kasih sayang, Amin,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa -“Tak Perlu Naik Lif”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*