Zarina Anjoulie Sahkan Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi

Sering berkongsikan momen manis bersama kekasih hatinya di Instagram, pelakon sensasi Zarina Anjoulie mengakui bakal mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Zarina dilihat memberi bayangan serta turut memuat naik gambar termasuk menempah baju kahwin. Menurut Zarina tiada proses bertunang dan persiapan masih diperingkat awal.

“Ya betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi, confirm. Saya tak tunang pun terus kahwin je nanti. Setakat ini persiapan masih awal. Sekarang baru 20 peratus je.

“InsyaAllah saya akan maklumkan nanti tarikhnya. Doakan segala persiapan kami dipermudahkan,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, Zarina pernah mendedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus kahwin. Bagaimanapun, hasrat kedua-dua mereka itu terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Zarina Anjoulie Sahkan Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*