Guru Ajak Pergi Beli Baju Sekolah Baru, Tapi Jawapan Murid Perempuan Ini Beri Buat Ramai Insaf

Perkongsian terbaru seorang guru Mohd Fadli Salleh di Facebook beliau telah membuatkan ramai berasa sebak dan insaf.

Cikgu Fadli yang juga seorang aktivis yang terkenal dengan kerja kebajikannya bercerita tentang seorang murid yang begitu jujur sifatnya.

Tidak meminta-minta, sangat bersyukur dan matang dibandingkan dengan umurnya, sifat murid ini membuatkan ramai insaf.

” Jom kita pergi beli baju jom.”

” Eh tak apa lah cikgu. Baju semua elok lagi. Kasut je dah tak muat,” balas Alia.

” Okey, jom pergi beli kasut baru,” balasku.

Maka kami beriringan cari kasut kononnya. Kasut tu memang carilah sebab tu tujuan utama.

Lepas beli kasut, lalu tempat baju, aku paksa beli baju. Lalu tempat seluar aku paksa mereka beli seluar. Lalu tempat mainan, aku paksa beli mainan. Lalu kedai makan kena paksa makan. Lalu tempat coklat dan cookies kena paksa beli coklat dan cookies.

Mau tak kena paksa. Bila tanya lapar ke tak, jawabnya dah kenyang. Bila tanya nak pakaian baru tak, kata pakaian lama masih elok.

Bila tanya nak mainan katanya tak apalah. Mana mungkin budak-budak tak suka mainan. Bila lalu tempat cookies dan coklat, ada ke patut mereka jawab tak suka coklat.

Mana ada makhluk dalam dunia ni tak suka cookies dan coklat. Sebaik aku beli cookies dan Pepero aku tanya,

” Awak makan tak coklat dan cookies ni?”

” Makan. Suka cikgu”.

Tu diaaa. Kena beli dulu baru suka. Kena paksa budak-budak ni. Kalau tak semua benda mereka tolak.

Bagus didikan nenek dan ayahnya ni. Nak makan tadi, mereka tak sentuh makanan mereka selagi makanan ayah tak sampai. Kemudian tadah tangan dan berdoa sama-sama baru makan.

Seronok luang masa sepetang bersama Alia dan Aimi petang ni. Ni nak pergi jumpa anak-anak perempuan kat Melawati pula.

Nak paksa anak perempuan sana teman aku makan malam, lepak ngeteh pula.

Kesian jadi anak-anak perempuan aku ni. Asyik kena paksa je.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : OBulan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Guru Ajak Pergi Beli Baju Sekolah Baru, Tapi Jawapan Murid Perempuan Ini Beri Buat Ramai Insaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*