Lama Bercinta, Jarang Berjumpa… Soloz Dah Tak Solo, Tamat Zaman Bujang Dengan Gadis Pilihan – “Kenal Sebelum Join Mobile Legends”

IKON sukan elektronik (e-sukan), Fariz Zakaria atau lebih dikenali Soloz menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihannya pada Jumaat.

Wakil pasukan permainan elektronik, Team Bosskurr berkata, Soloz yang berusia 27 tahun telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Maryam Rahim di Sungai Petani, Kedah.

“Soloz nikah dengan gadis pilihannya dalam satu majlis secara tertutup yang diadakan oleh keluarga sebelah pengantin perempuan.

“Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga rapat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan,” katanya kepada mStar.

Soloz mengenali isterinya sebelum terlibat dengan permainan video Mobile Legends. Foto instagram solozsoloz

Menurut wakil Team Bosskur yang tidak mahu dirinya dikenali itu lagi, Soloz telah lama mengenali Maryam sebelum pembabitannya secara profesional dalam permainan video popular, Mobile Legends.

“Soloz dah lama kenal dengan isteri dia. Mereka dah lama bercinta bertahun-tahun, tapi jarang berjumpa sebab Soloz sibuk sangat. Mereka akhirnya buat keputusan untuk berkahwin, Alhamdulillah,” katanya.

Antara pencapaian yang diraih Soloz.

Ditanya bilakah majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di kediaman keluarga Soloz di Kuala Selangor, Selangor, dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara tersebut atas faktor kesibukan ‘gamer’ itu.

“Soloz begitu sibuk, jadualnya begitu padat. Memang dia akan adakan majlis di Selangor, tapi belum pasti bila,” katanya.

Soloz dah lama kenal dengan isteri dia. Mereka dah lama bercinta bertahun-tahun, tapi jarang berjumpa sebab Soloz sibuk sangat.

Video pernikahan Soloz yang juga aktif dalam permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) bersama pasangannya tular di media sosial sejak Jumaat dan rata-rata netizen berkongsi kegembiraan itu dengan mengucapkan tahniah.

Awal tahun ini, Soloz meraih perhatian apabila berpenampilan sederhana ketika mengunjungi pusat pameran kereta mewah.

Soloz menjadi perhatian apabila hanya berselipar ketika mengunjungi sebuah pusat pameran kereta mewah, awal tahun ini.

Atlet e-sukan itu turut bergambar bersama kereta Ford Mustang berharga lebih setengah juta ringgit yang menjadi idaman golongan muda.

Soloz berkunjung ke premis tersebut dengan hanya memakai selipar sebelum membeli kereta Ford Mustang.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah. Tahniah @solozsoloz 💍

A post shared by Official Team Bosskurr Gaming (@teambosskurr) on


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Lama Bercinta, Jarang Berjumpa… Soloz Dah Tak Solo, Tamat Zaman Bujang Dengan Gadis Pilihan – “Kenal Sebelum Join Mobile Legends”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*