Serbu ElewsMart, Beratus-Ratus Orang Beratur Panjang Sempena Pembukaan Pertama

Hari ini merupakan pembukaan cawangan ElewsMart yang pertama di Bandar Baru Bangi dan ternyata ianya mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai.

Ratusan orang beratur panjang mengunjungi cawangan pertama ElewsMart membuatkan Ustaz Ebit Lew menjadi sebak.

“Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan.

“Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga,” tulis Ebit Lew di Facebook dan Instagram miliknya.

Selain video di Instagram, banyak gambar yang dikongsi bersama di Facebook sempena pembukaan cawangan yang pertama itu.

Esok, cawangan kedua daripada 10 cawangan akan dibuka secara rasminya di TTDI Grove Kajang. Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.

Tidak ketinggalan juga di Plaza KLTS Gombak, Dataran Villa Putra Sg. Buloh, Pelangi Square Petaling Jaya, Seksyen 22 Shah Alam dan Taman Subang Perdana Shah Alam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Serbu ElewsMart, Beratus-Ratus Orang Beratur Panjang Sempena Pembukaan Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*