Menteri: Rakyat Bakal Terima Kredit e-wallet RM50 Hujung Bulan Ini

Berita baik bagi mereka yang masih tertanya-tanya mengenai pemberian kredit e-wallet bernilai RM50 yang diumumkan kerajaan pada bulan lalu. Pemberian tersebut adalah untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Memetik laporan BH Online, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti.

“Kita akan kreditkan dalam bulan ini… hujung bulan,” jelasnya.

Inisiatif ini adalah pelaksanaan program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini dan ia dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Menteri: Rakyat Bakal Terima Kredit e-wallet RM50 Hujung Bulan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*