Ardell Aryana Gembira Berjaya Habiskan Pant4ng 44 Hari

Selamat menimang cahaya mata pada awal Jun lalu, pelakon Ardell Aryana meluahkan rasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan sulungnya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Nadzmi Adhwa itu turut berkongsi kisah sewaktu dia masih di dalam pantang kepada mereka yang sering bertanya tentang perkara tersebut kepadanya.

“Throwback hari ke 7 berpantang (Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi. Sekarang kuss semangat ) Alhamdulillah hari ni dah habis 44 hari berpantang kami.

“Yang tanya saya ambik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka. Bolehlah tanya-tanya tentang service dari diorang,” tulisnya.

“Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.

“Barang-barang keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing. Jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu,” tambah Ardell lagi.

Ardell turut menyarankan sesiapa yang mencari orang yang ingin menjaga selepas melahirkan cahaya mata, boleh mencuba perkhidmatan tersebut dan anda perlu berehat sahaja.

Ardell Aryana mendirikan rumah tangga denhan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ardell Aryana Gembira Berjaya Habiskan Pant4ng 44 Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*