Isteri Shukri Yahaya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Shukri menerusi Instagram sebentar tadi.

Menurut Shukri, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.18 petang di sebuah pusat perubatan. Menerusi perkongsian itu, Shukri berkongsikan sebuah video bersama cahaya matanya yang baru lahir.


Dalam pada itu, Shukri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan buat kesejahteraan isteri dan anaknya serta berharap Allah dapat membalas dengan kebaikan kepada semua. Bagaimanapun, Shukri belum mendedahkan lagi nama puteranya itu.

Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Isteri Shukri Yahaya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*