Kes Semakin Meningkat. Menteri Kanan Ismail Sabri Luah Rasa Kes4l Pada Individu Yang Jalani Kuar4ntin dirumah. “Masih Ada Segelintir Individu Yang Deg1l….”

MASIH ada segelintir individu yang dikuar4ntin di rumah engg4n menjalani ujian saringan Cov1d-19 kali kedua sehingga kini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika individu terbabit terus berd3gil ia bukan sahaja mendatangkan bah4ya kepada keluarga malah masyarakat umum.

“Laporan yang kita dapat, ramai lagi yang tidak buat ujian kali kedua, sedangkan mereka hanya perlu buat ujian di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau hubungi Kementerian Kesihatan untuk buat ujian kali kedua.

“Memang ada (d3gil), sebab itu saya minta polis mengambil tindakan terhadap beberapa ratus yang masih berd3gil tidak mahu membuat ujian kedua.

“Ujian kedua ini tidak 100 peratus neg4tif, ada posit1f walaupun jumlah peratusannya kecil, ia juga berb4haya kepada keluarga terdekat. Misalnya ada satu kes yang balik dari Rusia, dia neg4tif tetapi akhirnya bapa dia posit1f kerana dia juga pos1tif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada melawat mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara, termasuk beliau di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, individu yang dikuar4ntin di rumah dip4ntau berterusan melalui aplikasi My Sejahtera dan mereka dikehendaki memakai gelang khas yang menunjukkan mereka sedang dikuar4ntin.

“Maknanya jika mereka keluar rumah dengan memakai gelang itu, itu salah kerana mereka mel4nggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana mereka sepatutnya tidak boleh keluar dari rumah.

“Di dalam rumahpun kita meletakkan mereka kekal berada di dalam bilik dan tidak bergaul dengan ahli keluarga dan keluar rumah kerana selepas ujian kali kedua pada hari ke 13, baru kita dapat tahu status sebenar mereka, mungkin neg4tif pada hari pertama dan pos1tif pada hari ke 13 sebab itu kita tetapkan supaya kekal dalam bilik.

“Kita juga p4ntau melalui pihak polis dan pihak kesihatan akan pantau dari semasa ke semasa, akan datang periksa di rumah ada atau tidak ada,” katanya.

Bagaimanapun katanya, perundangan dan SOP semata-mata tidak mencukupi, apa yang penting adalah diri mereka sendiri.

“Kalau tidak mahu keluarga terbabit, dia yang perlu ambil tindakan kawalan kendiri, kena selamatkan diri dan keluarga dia.

“Apa yang penting kesed4ran diri sendiri mengawal wabak itu dari j4ngkitan, dia yang kena kuar4ntin itu kena lindungi diri dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai hasil seni tiga anak muda yang melukis potret beliau dan barisan pemimpin negara terutamanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya ucapkan terima kasih dan ini penghargaan kepada saya dan saya difahamkan Yang Dipertuan Agong pun sudah adakan lawatan ke sini.

“Ini menunjukkan kita hargai apa yang dilakukan oleh anak muda dan saya bangga anak muda peka dengan apa yang berlaku dan saya kira mereka beri penghormatan kepada kerajaan dalam usaha men3ntang Cov1d-19,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : HM

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kes Semakin Meningkat. Menteri Kanan Ismail Sabri Luah Rasa Kes4l Pada Individu Yang Jalani Kuar4ntin dirumah. “Masih Ada Segelintir Individu Yang Deg1l….”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*