PM Bimbang Kewujudan Kluster Baru, Pertimbang Wajibkan Pelitup Muka

Ketika kita merasakan penyebaran COVID-19 di negara ini akan beransur pulih, namun perkara sebaliknya yang terjadi. Malah perkara ini turut mendatangkan kebimbangan buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara membimbangkan ini adalah di atas kewujudan 13 kluster jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut beliau, antara kluster tersebut ialah kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara.

“Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Lebih membimbangkan saya, kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dipetik daripada BH Online.

Sementara itu, menurut Sinar Harian, kerajaan kini sedang mempertimbangkan arahan mewajibkan penggunaan pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Keputusan tentang pelaksanan tersebut akan diumumkan apabila kerajaan memuktamadkan keputusan penggunaannya.

Mari kita bersama-sama beringat demi mengelak keadaan tidak terkawal sehingga menyebabkan lockdown kembali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment on "PM Bimbang Kewujudan Kluster Baru, Pertimbang Wajibkan Pelitup Muka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*