Gadis Terpinga Bangun Pagi BF Ajak Ke Pejabat Agama, Lagi Bingung Urusan Dirahsiakan – “Sampai Sana Baru Tahu…”

TIADA apa yang mampu diucapkan selain kata-kata syukur atas berita gembira yang diterima.

Demikian kata seorang gadis dikenali sebagai Sarah Darina apabila teman lelakinya yang beragama Kristian, Samuel Talip mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Daerah Johor Bahru pada Ahad.

Mesra disapa Sarah, dia mengakui sudah berkenalan dengan jejaka berketurunan etnik Iban dan Kenyah dari Sarawak itu sewaktu menuntut di sebuah institut pengajian di Bangi, Selangor pada tahun 2014.

“Selepas belajar, kami sama-sama datang bekerja sebagai pembantu teknikal di sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor pada tahun lepas.

“Sebenarnya pada tahun 2016 atau 2017, Samuel ada cakap suatu hari nanti dia nak jadi muslim.

“Tapi semalam (Ahad) pagi-pagi dia ajak saya ke pejabat agama. Saya tanya urusan apa? Sampai sana baru tahu dia nak peluk Islam,” ujarnya kepada mStar.

Mereka berdua kini bertugas di sebuah kilang di Pasir Gudang.

Masing-masing berusia 24 tahun, Sarah mengakui cukup gembira dan terharu atas berita itu.

Malah katanya, Samuel sendiri turut menitiskan air mata sejurus dia mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah.

“Saya memang rasa terharu dan terkejut. Samuel pun menitiskan air mata. Tapi masa tu saya tak masuk, cuma ada dia, seorang saksi lelaki iaitu kawan kami dan pegawai di sana.

Dia sendiri pun dikelilingi ramai kawan yang sentiasa mendoakan dia.

SARAH DARINA

“Tapi bukanlah sesuatu yang asing bagi dia. Kakak Samuel pun ada yang sudah peluk Islam, begitu juga saudara mara dia.

“Plan ke arah perkahwinan tu memang ada, InsyaAllah kalau ada rezeki,” ujarnya lagi.

Perkongsian kisah ini di Twitter Sarah ternyata mencuri perhatian ramai.

Menurut Sarah, dia menyokong penuh keputusan Samuel dan mahu membantu teman lelakinya itu untuk terus mendalami agama Islam.

“Saya akan teman dia ke kelas agama, InsyaAllah akan bermula minggu ni.

“Dia sendiri pun dikelilingi ramai kawan yang sentiasa mendoakan dia. Memang kami terharu,” ujarnya lagi.

Samuel berasal dari Sarawak dan berdarah kacukan Iban dan Kenyah.

Dalam pada itu, posting Sarah mengenai kisah teman lelakinya itu turut mendapat perhatian ramai.

Malah, ia sehingga kini sudah menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Gadis Terpinga Bangun Pagi BF Ajak Ke Pejabat Agama, Lagi Bingung Urusan Dirahsiakan – “Sampai Sana Baru Tahu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*