Ezzrin Loy Putus Cinta Dengan Rita Nadira, Tetapi…

Bintang baru, Rita Nadira, 23, mengesahkan hubungan istimewanya dengan pelakon Ezzrin Loy kini terlerai.

Peragawati popular yang mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan ini mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.

“Saya kini solo. Semenjak tahun lalu, kami berdua ambil keputusan untuk memberikan fokus dengan kerja masing-masing,” kata Rita.

Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara Rita dan Ezzrin.
Biarpun kini mereka membawa haluan sendiri, Rita mendedahkan yang dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ezzrin.

“Saya dan Ezzrin masih lagi menjalinkan hubungan baik. Ibunya merupakan pengurus saya dan kami masih kawan, tak ada gaduh-gaduh pun.

“Dia fokus kerja, saya pun fokus kerja… Kami memutuskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier,” kata Rita.

Rita ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet baru-baru ini.

 

 

View this post on Instagram

 

#JULIET Blouse from @misslilyshop ✨ @zeelproduction @tv1_rtm @rtm_malaysia

A post shared by NADIRA, 97 (@ritanadira_) on

 

 

View this post on Instagram

 

#JULIET @zeelproduction @anakpaksyed_ @rtm_malaysia @tv1_rtm

A post shared by NADIRA, 97 (@ritanadira_) on

 

 

View this post on Instagram

 

Outfit from @misslilyshop 😍✨ #JULIET @zeelproduction @anakpaksyed_ @tv1_rtm

A post shared by NADIRA, 97 (@ritanadira_) on

 

Menerusi drama bersiri ini, Rita memegang watak utama yang bernama Julia.

Diterbitkan oleh Zeel Productions untuk siaran RTM, naskhah ini mendapat sentuhan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar selaku sutradara.

Juliet turut membariskan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong, Scha Elinnea serta ramai lagi dan bakal ditayangkan sekitar September ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ezzrin Loy Putus Cinta Dengan Rita Nadira, Tetapi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*